Kajian ini telah ditulis oleh Abdul Wahab Ismail Ghani, Kamaliah Hj. Siarap dan Hasrina Mustafa. Di dalam kajian ini, terdapat tiga sekolah daerah Timur Laut Pulau Pinang telah di ambil sebagai sampel kajian. Kajian ini hanya disasarkan untuk guru-guru sekolah menengah tersebut iaitu SMK Datuk Hj. Mohd Nor Ahmad ( Gelugor ), SMK Bukit Gambir ( Bukit Gambir) dan SMK Abdullah Munshi ( Jalan P. Ramlee ). Laporan kajian menyatakan kaedah tinjauan yang digunakan sebagai metodologi iaitu borang soal selidik berstruktur digunakan sebagai instrumen utama kajian ini.
Selain dari itu, Teori Resapan Inovasi digunakan dalam laporan kajian ini untuk melihat tahap penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran dalam kalangan guru, faktor-faktor yang mempengaruhi penggunaan komputer dalam proses P & P, serta melihat sikap guru terhadap sifat-sifat inovasi komputer. Dalam laporan kajian ini ada juga menyebut, Afifah Hamdzah (2005) memndapati beberapa faktor lain yang turut mempengaruhi penerimaan komputer seperti galakan dari pihak pengurusan, penyediaan kemudahan komputer yang mencukupi dan sokongan daripada rakan sekerja.
Terdapat banyak istilah dan maksud tersendiri mengenai penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran contohnya dalam laporan kajian ini, menurut Gagne dan Briggs dalam Rosenburg (2000), komputer dapat digunakan sebagai media pembelajaran kerana komputer memiliki keistimewaan yang tidak dimiliki oleh media pembelajaran yang lain sebelum zaman komputer. Antara keistimewaan tersebut adalah hubungan interaktif, pengulangan dan maklum balas dan peneguhan. Bagi memastikan keberkesanan pengunaaan teknologi dalam proses P& P, ianya bergantung kepada keupayaan dan kebolehan yang ada pada guru-guru dan pelajar-pelajar tersebut.
Beberapa kajian telah dijalankan untuk mengkaji penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran. Salah satunya adalah analisis antara jantina dan penggunaan komputer dalam P & P. Analisis menunjukkan kepada guru perempuan mencatatkan penggunaan yang terbanyak berbanding dengan guru lelaki. Kategori umur dan penggunaan komputer juga dianalisis. Keputusan menunjukkan responden yang berumur di antara 26-35 tahun merupakan kategori umur yang mencatat bilangan penggunaan yang tertinggi manakala responden yang berumur lebih daripaa 45 tahun paling kurang menggunakan komputer. Selain itu, matapelajaran Sains dan Matematik mencatatkan peratusan yang paling tinggi dalam penggunaan komputer berbanding dengan subjek lain.
Kajian juga menunjukkan tujuan utama responden menggunakan komputer adalah bagi menjadikan proses P & P lebih menarik. Di samping itu, faktor utama responden menggunakan komputer dalam P & P adalah disebabkan oleh keperluan akademik dan seterusnya didorong oleh minat. Bagi responden yang tidak menggunakan komputer, masalah utama mereka adalah disebabkan oleh kemudahan yang tidak mencukupi dan diikuti tidak bersedia untuk menggunakannya. Individu atau pihak yang bertanggungjawab untuk mendorong responden menggunakan komputer iaitu pihak sekolah, rakan sekerja, pegawai atasan (Kementerian,JPN,PPD), rakan sekerja dan ahli keluarga.
Ujian T-Test sampel bebas dijalankan ke atas jantina, umur, matapelajaran major terhadap penggunaan komputer. Keputusan menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara jantina, umur dan matapelajaran major terhadap penggunaan komputer. Walaubagaimanapun, terdapat perhubungan yang signifikan antara pengetahuan, sikap, personaliti dan sokongan organisasi terhadap penggunaan komputer dalam P & P.
Kesimpulannya, faktor pengetahuan, sikap, personaliti guru dan sokongan organisasi amat mempengaruhi penerimaan dan penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran dalam kalangan guru-guru. Manakala faktor demografi seperti jantina, umur dan matapelajaran major yang diajar tidak mempengaruhi penggunnaan komputer dalam pengajaran dan